*MENGGUNAKAN TELUR YANG DICUCI BERSIH*

HARGA :

RM1.50/pcs

Tempahan minima 30 pcs

Deposit 50% dikenakan bagi setiap tempahan

CAJ PENGHANTARAN TERTAKLUK KEPADA KAWASAN

SELF PICK UP DI JALAN COCHRANE (BERDEKATAN IKEA CHERAS) ATAU JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :

Zura : 012-349 6671



Thursday, November 8, 2012

Tempahan Karamel Strawberi & Peach : 40 pcs

Hari Selasa lepas ada customer order 40 pcs karamel.
Customer request karamel peach strawberi.
Kiranya ni kali pertama customer yang nak tambah buah.
Sebelum ni I buat yang kosong jer..

Okay jugak letak buah nampak lagi berseri.. k
Kalau tambah buah kiwi mesti lagi cantik..

Petang lepas balik kerja terus ke Hero, Taman Dagang
cari buah pic dan strawberi..
Nasib baik ada jual buah strawberi kat sini. Fresh pulak tu.
Buah peach tu I beli yang dalam tin jer.. ada ke yang fresh?? Entah..

Start buat jam 7 kul 8 siap..
Sekali kukus jer.. sebab tak banyak..
Buat sorang2 hubby kerja,
Tok Shue pulak tolong jaga Taufiq

Tengah syiok2 buat puding,
Tiba-tiba Taufiq buat perangai..
Sajer jer tak leh tgk mama dia bizy..
Asal balik kerja nak suh berkepit jer dgn die..
I biarkan die dgn Tok Shue,
yang penting cepat-cepat siapkan order..




Puding Karamel Gula Hangus Strawberi dan Peach
 

Puding Karamel Strawberi and Peach
RM1.50/bekas




Puding Karamel ready to deliver


Wednesday, October 24, 2012

Tempahan Karamel : 130 pcs + 20 pcs

11hb ritu dapat repeat order dari Siti lagi
Dia order 130 pcs

Thanks jugak kepada my opismate, Kak N sebab order 20 pcs

Biasa I guna tepung kastad cap Nona, tapi disebabkan takde stok i guna cap lain.

Hurmmm rasa die memang lari daripada biasa
Maaf ye Siti dan Kak N.
Pengajarannya, lepas ni tak akan guna tepung kastad brand lain selain Nona



Terima kasih kepada hubby
yang banyak membantu menyiapkan tempahan.

Penuh 2 rak...
Memang berbaloi beli peti ais besar
Muat sehingga 300 pcs

Tuesday, September 25, 2012

Tempahan Karamel : 50 pcs



First nak ucap time kasih byk2 kat Pn. Stoberi sebab sudi tempah 50 pcs puding karamel dengan I sempena majlis House Warming di KSU beliau. Citer penuh majlis beliau boleh klik sini.

Sorry sgt2 kat pn.Stoberi sebab lambat sampai. Janji sebelum kul 2 tapi dekat 2.30 baru sampai. Tghari tu jalan jem sgt2 kat bulatan Pahang. Pastu mencari-cari pulak sebab tak biasa area situ. 2, 3 kali jgklah kol en. Lan tanya direction. Mujor hubby tau jgk area situ, kalo harap kan i memang tak sampai lah kut.

Bahan-bahan untuk puding karamel


Gula Hangus in the cup

Karamel yang siap ditapis

Proses mengukus

Proses menyejukan

Penuh satu rak peti ais

Puding Karamel Gula Hangus ready to deliver







Wednesday, July 18, 2012

Tempahan Karamel : 200 pcs

Hari Jumaat 13hb I memang apply cuti sebab nak ke Morib. Kul 10, dapat call dari Siti, Zarlith Event dan Catering. Dia nak order 200 pcs Karamel. OMG.. Macamana ni?? I kan nak gi cuti-cuti baju-baju pun belum pack lagi.. TAPI rezki jangan ditolak, banyak tu. So I decide siapkan order dulu. Lagipun Siti sebelum ni pernah order dengan I, kiranya ini repeat order kali ke2.

Kebetulan masa Siti call, we all breakfast kat luar, so tak balik umah terus pergi beli barang-barang buat karamel.


Barang-barang Asas Yang Wajib Ada
Proses membuat gula hangus




Gula hangus dituang dalam cup dan tunggu sehingga sejuk sebelum dituang bancuhan telur




Telur yang dicuci bersih sebelum digunakan




Proses Mengukus




Puding yang telah masak dikukus




Proses menyejukkan puding karamel


Alhamdulillah kul 12 start buat kul 2 settle everything. Thanks to Tok Shue and papa yang ringan tulang membantu isterimu ini. Tanpa u all, tak mungkin I dapat siapkan 200pcs in 2 hours. 
            
Thanks to Siti kerana sudi repeat order daripada I. Semoga lepas ni repeat order lagi.

Tuesday, June 19, 2012

Tempahan Karamel : 50 pcs

Pagi semalam dapat order dari Siti. Die order 50pcs nak amik pagi ni. So lunch hour semalam I pi Tesco jap beli bahan-bahan dan beli jugak buku resit. (Sebelum ni, xde pun customer mintak resit ni yang first). Malas nak singgah masa balik kerja, sebab nanti lambat sampai umah, lambat jugaklah jumpa yang tersayang.

Balik umah rehat jap, kul 6 start berperang kat dapur. Lepas buat karamel masak pulak makan malam. Masak simple-simple jer, sup cendawan + kaki ayam dengan ayam goreng. Lepas tu buat air teh 'O' Ais + Laici. Kul 8mlm baru settle. Kebetulan hubby sampai umah kul 8 jugak. "Thanks papa! tolong mama basuh semua bekas-bekas dan periuk belanga."

Nasib jugak ada Tok Shue. Sementara i sibuk masak die yang jaga and mandikan Taufiq. Sorry sayang mama tak sempat nak mandikan.

Pagi ni kul 9.30 pagi wakil Siti datang amik.. aiseyyy tertinggal pulak resit, naik opis balik amik resit. Alhamdulillah rezki, dapat RM50.


Karamel yang dah siap untuk cik Siti


Monday, June 18, 2012

HOMEMADE PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Sedia menerima tempahan :
Homemade PUDING KARAMEL GULA HANGUS yang terjamin kualiti dan rasa.
Sesuai dijadikan pencuci mulut atau buah tangan untuk apa jua majlis dan keraian.

*MENGGUNAKAN TELUR YANG DICUCI BERSIH*

HARGA :
RM1.00/pcs

Tempahan minima 50 pcs
Deposit 50% dikenakan bagi setiap tempahan

TIADA PENGHANTARAN
SELF PICK UP 
sekitar PANDAN INDAH, AMPANG @ JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Zura : 012-3496671


Puding Karamel Gula Hangus untuk Tempahan Majlis Keraian


Friday, April 27, 2012

Tempahan Karamel : 50 pcs

Sebelum bersalinkan Muhammad Taufiq I ada buat bisnes kecil-kecilan homemade puding karamel gula hangus ... iklankan dekat mudah.com.. Alhamdulillah ramai jugak yg order.. so far order paling byk 300pcs.. masa nk bersalinkan Taufiq bulan 7 tahun lepas I tangguhkan kejap biz ni..

Awal April aritu baru mulakan balik biz nie.. Syukur pada Illahi.. 25hb I dapat first order selepas dekat setahun bercuti buat karamel.. thanks to Miefa coz sudi order dgn i.. hope lepas ni order byk2 lagi..



Semoga dengan adanyer blog nie dapatlah i promote "Homemade Puding Gula Hangus" dan semoga mendapat order yg byk2 n repeat order yg byk2.. Amin.