*MENGGUNAKAN TELUR YANG DICUCI BERSIH*

HARGA :

RM1.50/pcs

Tempahan minima 30 pcs

Deposit 50% dikenakan bagi setiap tempahan

CAJ PENGHANTARAN TERTAKLUK KEPADA KAWASAN

SELF PICK UP DI JALAN COCHRANE (BERDEKATAN IKEA CHERAS) ATAU JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :

Zura : 012-349 6671



Wednesday, December 31, 2014

HOMEMADE PUDING KARAMEL GULA HANGUS

*Sticky Post - Scroll Down for New Entry*

Sedia menerima tempahan :
Homemade PUDING KARAMEL GULA HANGUS
yang terjamin kualiti dan rasa.
Sesuai dijadikan pencuci mulut atau buah tangan untuk apa jua majlis dan keraian.

*MENGGUNAKAN TELUR YANG DICUCI BERSIH*

HARGA :
RM1.50/pcs

Tempahan minima 30 pcs
Deposit 50% dikenakan bagi setiap tempahan

CAJ PENGHANTARAN TERTAKLUK KEPADA KAWASAN
SELF PICK UP 
sekitar JALAN COCHRANE (BERDEKATAN IKEA CHERAS) @ JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Zura : 012-3496671





Monday, February 3, 2014

Tempahan Karamel : 35 pcs

Alhamdulillah.. sebelum cuti CNY ritu dapat tempahan daripada tempat kerja hubby untuk Board Meeting RHB. Walaupun dah tetapkan minumum order 50 pieces tapi disebabkan orang yang order tu sanggup bayar RM1.50 per piece so order diterima.. RM1.50 X 35 = RM52.50. Kalau order 50 pieces X RM1.00 = RM50.. so i tetap tak rugi malah lagi untung adalah.. hehhee.. rezki untung jangan ditolak.. Syukur sangat2.. kalau tempah 35 pieces pastu nak harga RM1.00 terpaksalah tolak, sebab rasa macam tak berbaloi nak basuh periuk, curahan tenaga serta masa yang diluangkan. Harap lepas ni RHB sudi repeat tempahan lagi.. Harap menepati citarasa Dato' serta VIP yang mahukan puding karamel kurang manis.

Step by step
Penyediaan Puding Karamel Gula Hangus


Monday, December 30, 2013

Tempahan Karamel : 180 pcs

Walaupun dah lama tak update kat blog.. sebenarnya masih lagi menerima tempahan. Cuma tak sempat nak update kat sini. Sepanjang cuti bersalin 3 bulan ritupun ada jugak customer call nak order karamel.. tapi terpaksa tolak.

Ni nak citer Dalila order 17hb Disember sebanyak 180pcs. Sejak anak dah dua ni memang tak boleh nak buat karamel awal-awal. Terpaksa tunggu diaorang tidur dulu baru boleh buat. Malam 16hb tu jam 11 baru boleh start buat karamel. Jam 2 pagi baru settled. Itu pun nasib husband banyak membantu kalau tak tak tahulah jam berapa baru siap.

Terima kasih Dalila kerana order dengan akak.
Semoga lepas ni order lagi.. hehehe..




Penyediaan Gula Hangus
Puding Karamel

Telur yang siap dicuci untuk puding karamel gula hangus

My good assistant
Mahal bayar gaji ni

Proses nak sejukkan puding karamel gula hangus

Nyumnyummm.. tuan kedai rasa dulu

Puding karamel dah ready untuk delivery 

Thursday, November 8, 2012

Tempahan Karamel Strawberi & Peach : 40 pcs

Hari Selasa lepas ada customer order 40 pcs karamel.
Customer request karamel peach strawberi.
Kiranya ni kali pertama customer yang nak tambah buah.
Sebelum ni I buat yang kosong jer..

Okay jugak letak buah nampak lagi berseri.. k
Kalau tambah buah kiwi mesti lagi cantik..

Petang lepas balik kerja terus ke Hero, Taman Dagang
cari buah pic dan strawberi..
Nasib baik ada jual buah strawberi kat sini. Fresh pulak tu.
Buah peach tu I beli yang dalam tin jer.. ada ke yang fresh?? Entah..

Start buat jam 7 kul 8 siap..
Sekali kukus jer.. sebab tak banyak..
Buat sorang2 hubby kerja,
Tok Shue pulak tolong jaga Taufiq

Tengah syiok2 buat puding,
Tiba-tiba Taufiq buat perangai..
Sajer jer tak leh tgk mama dia bizy..
Asal balik kerja nak suh berkepit jer dgn die..
I biarkan die dgn Tok Shue,
yang penting cepat-cepat siapkan order..




Puding Karamel Gula Hangus Strawberi dan Peach
 

Puding Karamel Strawberi and Peach
RM1.50/bekas




Puding Karamel ready to deliver


Wednesday, October 24, 2012

Tempahan Karamel : 130 pcs + 20 pcs

11hb ritu dapat repeat order dari Siti lagi
Dia order 130 pcs

Thanks jugak kepada my opismate, Kak N sebab order 20 pcs

Biasa I guna tepung kastad cap Nona, tapi disebabkan takde stok i guna cap lain.

Hurmmm rasa die memang lari daripada biasa
Maaf ye Siti dan Kak N.
Pengajarannya, lepas ni tak akan guna tepung kastad brand lain selain Nona



Terima kasih kepada hubby
yang banyak membantu menyiapkan tempahan.

Penuh 2 rak...
Memang berbaloi beli peti ais besar
Muat sehingga 300 pcs

Tuesday, September 25, 2012

Tempahan Karamel : 50 pcs



First nak ucap time kasih byk2 kat Pn. Stoberi sebab sudi tempah 50 pcs puding karamel dengan I sempena majlis House Warming di KSU beliau. Citer penuh majlis beliau boleh klik sini.

Sorry sgt2 kat pn.Stoberi sebab lambat sampai. Janji sebelum kul 2 tapi dekat 2.30 baru sampai. Tghari tu jalan jem sgt2 kat bulatan Pahang. Pastu mencari-cari pulak sebab tak biasa area situ. 2, 3 kali jgklah kol en. Lan tanya direction. Mujor hubby tau jgk area situ, kalo harap kan i memang tak sampai lah kut.

Bahan-bahan untuk puding karamel


Gula Hangus in the cup

Karamel yang siap ditapis

Proses mengukus

Proses menyejukan

Penuh satu rak peti ais

Puding Karamel Gula Hangus ready to deliver







Wednesday, July 18, 2012

Tempahan Karamel : 200 pcs

Hari Jumaat 13hb I memang apply cuti sebab nak ke Morib. Kul 10, dapat call dari Siti, Zarlith Event dan Catering. Dia nak order 200 pcs Karamel. OMG.. Macamana ni?? I kan nak gi cuti-cuti baju-baju pun belum pack lagi.. TAPI rezki jangan ditolak, banyak tu. So I decide siapkan order dulu. Lagipun Siti sebelum ni pernah order dengan I, kiranya ini repeat order kali ke2.

Kebetulan masa Siti call, we all breakfast kat luar, so tak balik umah terus pergi beli barang-barang buat karamel.


Barang-barang Asas Yang Wajib Ada
Proses membuat gula hangus




Gula hangus dituang dalam cup dan tunggu sehingga sejuk sebelum dituang bancuhan telur




Telur yang dicuci bersih sebelum digunakan




Proses Mengukus




Puding yang telah masak dikukus




Proses menyejukkan puding karamel


Alhamdulillah kul 12 start buat kul 2 settle everything. Thanks to Tok Shue and papa yang ringan tulang membantu isterimu ini. Tanpa u all, tak mungkin I dapat siapkan 200pcs in 2 hours. 
            
Thanks to Siti kerana sudi repeat order daripada I. Semoga lepas ni repeat order lagi.